Lenovo ThinkPad X1 Carbon, Ultrabook Terbaru Dibina Dari Karbon Fiber
Lenovo semakin garang, kini mereka memperkenalkan ultrabook terbaru
berpenampilan lasak saiz 14 inci dinamakan ThinkPad X1 Carbon, diperbuat
dari karbon fiber bahan yang sama digunakan untuk membuat basikal lumba
Lance Armstrong. Memang ringan, nipis dan nampak teguh kerangka
luarnya. Menurut Lenovo ultrabook terbaru itu akan mulai dijual mulai
cuti musim panas 2012 (antara Ogos-November). Antara pembaharuan yang
dibawakan oleh ultrabook ini adalah cip pemproses Intel Core generasi
ketiga dihasilkan dari kejuruteraan Ivy Bridge, teknologi Rapid Boot
untuk penghidupan pantas selepas butang ON di tekan, keyboard ThinkPad
Precision rekaan terbaru memiliki kontur masuk ke dalam untuk taipan
jari lebih tepat, fungsi Lenovo Rapid Charge untuk pengecasan bateri
kurang dari 30 minit juga capaian 3G – ciri pertama yang tidak pernah
ditampikan pada mana-mana ultrabook jenama lain. Harga, spesifikasi
lengkap dan tarikh pelancaran sebenar tidak diberitahu oleh Lenovo,
hanya di sebut sebagai “available this summer” sahaja.
0 Response to "Lenovo ThinkPad X1 Carbon, Ultrabook Terbaru Dibina Dari Karbon Fiber"
Post a Comment